Harry Potter - Hogwarts Emblem

MEH ITOT BELOG SAYA

Thursday, December 15, 2011

Bahasa Melayu Kuno

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca belog ntah apa2 aku ni . haha
Hari ni meh pakat ramai -ramai kita belajar bm . hihi . Semangat je lebih . Meh tengok betapa unik nye bahasa melayu kita ni .


1.Bahasa Melayu kuno ni berkembang sejak abad ke -7 hingga abad ke -13 .

2. Ada 3 jenis tulisan iaitu Palava , Nagiri dan Kawi . Pengaruh Hindu pada zaman ni .

3. Berkembang pesat masa zaman Srivijaya .

4 . Bahasa melayu kuno berperanan sebagai lingua franca mengatasi bahasa jawa sebab bahasa melayu kuno;
a ) bersifat sederhana dan mudah terima pengaruh luar
b) tidak terikat oleh perbezaan susun lapis masyarakat
c) sistem lebih mudah berbanding bahasa jawa kuno

Bahan Bukti penggunaan bahasa melayu kuno ...

1 . Batu bersurat Kedukan Bukit , Palembang ( 683 M ) . Tulisan palava , ada 10 baris ayat .

2 . Batu bersurat Talang Tuwo , dekat Palembang ( 684 M ) . Tulisan palava , ada 14 baris ayat .

3 . Batu bersurat Kota Kapur , Pulau Bangka ( 686 M ). Tulisan palava , ada 10 baris ayat .

4 . Batu bersurat Karang Brahi , Meringin , daerah hulu Jambi ( 692 M ) . Tulisan palava , ada 16 baris ayat .

5 . Batu bersurat Gandasuli , kedu , Jawa tengah ( 832 M ) .Tulisan Nagiri .

6 . Batu bersurat di Joreng ( 1179 M ) . Tulisan kawi . = batu lontar

7 . Batu bersurat Padang Lawas ( 1213 M ) . Tulisan kawi .= batu lontar

CIRI -CIRI BM KUNO .

Aspek Fonologi :

1 . Penggunaan bunyi separuh vokal 2 bibir /w/ untuk letupan 2 bibir bersuara /b/ . contoh :

a ) wulan = bulan
b ) wunuh = bunuh

2 . Tidak ada bunyi e-pepet , digantikan dengan /a/ atau digugurkan .

a) wanau = benua
b ) dngan = dengan

3 . Penggunaa bunyi sengauan gusi /n/ untuk sengauan lelangit keras /ny/ .

a ) sawanakna = sebanyaknya
b ) winina = bininya

4 . Konsonan yang dihembuskan atau dieja dengan aspirasi seperti bh ,th , kh , dh dalam bahasa sanskrit .

a ) bhakti = bakti
b) sukhacita = sukacita

5 . Bunyi /h/ hilang dalam bahasa melayu moden .

a ) hanau = enau
b ) haur = aur

Aspek Morfologi ...

1 . Awalan mar- berubah menjadi ber- .

a ) marlapas = berlepas
b ) marsila = bersila

2 . Awalan ni- berubah menjadi di- .

a ) nitanam = ditanam
b ) niminumna = diminumnya

3 . Awalan rangkap nipar- berubah menjadi diper - .

a ) niparwuat = diperbuat

4 . Apitan par- ... -an berubah menjadi per-...-an .

a ) parsumpahan = persumpahan

5 . Kata kerja aktif ditandai awalan ma- dan mang- dalam bm kuno .

a ) mawawa = membawa
b ) mangujari = mengujari

6 . Terdapat akhiran -i yang sama dengan bm moden dan lazimnya hadir bersama- sama awalan .

a ) manghidupi = menghidupi
b ) niujari = diujari

7 . Terdapat 2 imbuhan bm kuno yang tidak dipakai dalam bm moden , iaitu awalan maka- dan diakhiri -a .

a ) makasakit = menjadi sakit
b ) wuata = perbuatan

Itu sahaja untuk hari ni , okey ?
Lain kali aku ajar lagi ea . konon nak jadi cikgu la ni an ... hehehe .
Cintai lah bahasa kita .




No comments:

Post a Comment

NUFFNAG MY LOVE !